Kehidupan peribadi Hajime Syacho

Syacho mempunyai tiga saluran akaun di YouTube. Akaun utamanya mengandungi video rawak tanpa mengira genre seperti percubaan, kamera tersembunyi, video soal jawab dan ulasan produk. Pada akaun sampingannya, beliau membina video terutamanya cerita sehari-hari hidupnya, Let's Play, mengumpulkan kad Yu-Gi-Oh! dan video promosi bagi syarikat. Akaun ketiganya membina video tentang kehidupan bersama rakan sebiliknya.

Punca keghairahannya menjadi pempengaruh YouTube mengatasi pebola keranjang adalah kerana didikan daripada orang tuannya yang ketat, dan sampai sekarang, orang tuannya menggalakkan kandungan apa yang boleh dibinanya.[Videos 6][4]

Pengaruh

Sebagai pempengaruh selain daripada kerjaya YouTube, beliau mempunyai bilangan pengikut Twitter terbesar kelima di Jepun.[17] Di TwitCasting, jumlah bilangan penontonnya ialah kesembilan terbesar Jepun.[18]

Beliau sering merancang aktiviti memanfaatkan pengaruhnya, dan pada 2015, beliau merekrut 740 peserta dalam acara di Yokohama. Acara beliau berjaya merekodkan Rekod Dunia Guinness bagi jumlah peserta terbesar dalam permainan patung.[19]

Selain itu, atas permintaan daripada syarikat, beliau kerap menyiarkan video ulasan produk dan mengambil bahagian dalam acara dan kempen pemasaran.

Sementara itu, dalam video yang ditajuk, "Saya akan belajar di luar negara di Amerika Syarikat selama 3 tahun", dia menyiarkan video kamera keselamatan rumahnya, dan bercakap tentang pemindahan secara paksa.[20] Sebab ada beberapa penonton dan peminat tidak dikenal berulang kali menceroboh ke rumahnya.[21] Banyak pula videonya, seperti "membazirkan krim Nivea", "disyaki menipu", "mematahkan tongkat golf", dan "mengubah komputer rosak menjadi tempura", telah diambil oleh saluran berita talian, yang mengakibatkan terkadang mendapatkan pembulian dari netizen[22][11][23][24]

Beliau berkata sampai harus memasukkan mesej amaran sebelum menayangkan video dengan kandungan berbahaya bagi memberitahu penonton supaya tidak meniru perbuatannya. Walaupun beberapa video seperti itu ialah sah, video-video yang disyaki terlalu berbahaya kemudiannya dimasukkan ke dalam senarai mainan peribadi.[Videos 7]

Rujukan

WikiPedia: Hajime Syacho https://web.archive.org/web/20180416115924/https:/... https://twitter.com/hajimesyacho/status/4454871729... http://news.aol.jp/2016/05/23/hajimesyacho/ https://web.archive.org/web/20170820201824/http://... https://www.youtube.com/user/0214mex https://www.youtube.com/user/hajimexgame https://www.youtube.com/channel/UClKeJXipXwX7_ZGxO... http://news.livedoor.com/article/detail/10659505/ https://web.archive.org/web/20171112164056/http://... http://toyokeizai.net/articles/-/76235?page=4